Khamis, November 25, 2010

[scnd round]


*with zalikha.haha.ak lagi tinggi dari ko.*
*meet atiqa.faizah.syafawani.*

assalamualaikum.
hari ni,aku pergi reunion lagi.HAHA
reunion round ke2.dengan member2 aku yang memang satu geng masa sekolah rendah.
hari ni,ada faizah,atiqa,syafawani,najmi dengan zalikha.
aku datang lambat sket.sebab ada hal.
venue kat wangsa walk mall.tarek nafas lega la aku.sebab tempat uh boleh dikatakan tayah nak spend duit bebanyak kat situ.bila sampai sana,lepak jap kat tempat bowling.
najmi sampai.dah duduk2.nak tengok wayang pulak.gerak la.
yang aku ngan najmi nak tengok Harry Potter.
yang Faizah,Atiqa ngan Wani nak tengok citer hantu.Haunted Changi.
last2,ikut la diorang sebab undian banyak kat diorang en.tape2.
bende alah uh start kol 1.40 ptg.masa dah beli tiket tu baru kol 1.36 ptg.
tape r.masuk awal sket.beli la popcorn.yg diorang nak combo rapunzel.
aku?tak nak r.geli kot.haha!
beli yang popcorn bese je.yang regular.
memang regular dier macam dah x nak bagi aku makan pape pon selain popcorn.tau?
HAHA
masuk la dalam cinema uh.
pergh!suspen giler citer uh.seram r.sebab dier citer yang real.bukan penggambaran filem.
macam citer paranormal uh yg kite *dak puteri.tengok kat bilik tv.
citer dier pasal.sebuah Hospital Changi yang dah lama ditinggalkan.
lokasi;Singapura.
wujud sejak zaman jepun,then british.banyak tentera jepun dan british kena bunuh kat situ.
walaupun hospital,tapi lebih kepada tempat orang2 british dan jepun's tentera punyer port r.
*HAUNTED CHANGI*

Kisah dier bermula apabila sebuah kumpulan orang dewasa hendak melakukan dokumentasi tentang Hospital tersebut yang dikatakan antara tempat yang paling berhantu di dunia.
mereka lakukan seramai 4 orang.Andrew,fariz,audi ngan Sheena.
mereka telah pergi ke tempat tersebut selama beberapa kali dan hari.
hari pertama mereka pergi pada waktu siang dan memerhati tempat tersebut.menyeramkan.
Fariz merupakan juru audio.pada masa itu,dier seperti dapat detect bunyi sesuatu melalui mic dan headphone dier.tapi,masa uh dier sorang je yang boleh dengar.Audi sebagai jurukamera tak dengar apa2.memang bangunan itu sudah usang dah menyeramkan.mereka pulang dan melihat rakaman yang dilakukan.
hari seterusnya,mereka pergi dan memasang beberapa kamera di beberapa tempat.
kemudian,mereka tinggalkan selama satu malam.tapi,hari itu Andrew sahaja yang pergi.
dia kata die ade jumpe seorang perempuan yang memperkenalkan diri sebagai Xiao Lian.
perempuan tersebut dikatakan tinggal di Hospital tersebut.
Hari seterusnya,mereka pergi pada waktu malam dan explore tempat itu dengan bantuan kumpulan Ghost Haunter Singapore.
GHS menggunakan seorang budak lelaki sebagai pendetect hantu.keadaan budak uh agak creepy gak la.dan,masa mahu ditinggalkan di sebuah bilik di mana ketika dihantar oleh bapanya dan skuad tersebut.dia bercakap mengarut2 r.
"ini tempat saya,jangan tinggal disini,
ini waktu saya,jangan ganggu saya"
dia berkata sampai mahu ditinggalkan dan tiba2.AAAAAAAAAAA!!
dier menjerit.sambil berkata dan menangis,"Pergi2!"
apabila disoroti kawasan tersebut dengan kamera sensored haba,dapat dilihat didinding ada 3 batang tubuh yang tiada kepala.
kemudian,GHS mengambil keputusan untuk meninggalkan mereka kerana ada masalah teknikal.
then,mereka bergerak bersama-sama.
kemudian,Andrew membuat keputusan yang lebih berani dengan membuat 2 kumpulan.
Andrew dengan Fariz.Sheena dengan Audi.
Apabila Sheena dengan Audi sampai di sebuah bilik.Sheena berasa tidak sedap badan.tiba2,pintu tertutup.Sheena ketakutan.Tiba2,apabila Audi pusing ke belakang.muncul wajah perempuan di dalam kamera.
mereka pantas berlari.
Fariz dan Andrew cuba mencari perempuan yang dikatakan oleh Andrew. tapi,tidak berjaya sebab Audi dan Sheena memaksa untuk tinggalkan tempat tersebut.
Keesokan harinya,Fariz jatuh sakit.mereka melihat rakaman yang dilakukan malam tadi.ketika di sebuah kamar,Sheena berdiri dan dia berkata dia tidak selesa di kamar tersebut.dan rupa2nya,ada bayng2 tangan seorang wanita seperti mahu memegang bahunya dari siling.
Sheena sudah tidak mahu meneruskan dokumentasi tersebut dan pergi ke tempat tersebut.Audi hanya mengikut kata Andrew yang mahu pergi lagi ke hospital tersebut.
Andrew pergi berseorangan pada siangnya,dia mengatakan dier telah menemu bual perempuan tersebut yang dikatakan telah tinggal di hospital tersebut sejak zaman jepun lagi.
dia telah pergi ke sana selama satu hari,satu malam.
hari seterusnya,Sheena dan Audi pergi melawat Andrew dan melihat Andrew seperti dalam keadaan yang mabuk dan pucat mukanya.dan mengatakan sudah bersetubuh dengan perempuan tersebut.
pada waktu malam,Audi dan Andrew pergi ke hospital tersebut.
Andrew yang sudah sangap dengan perempuan tu cuba mencari perempuan tersebut.sehingga melalui terowong dan kamar2 yang tidak dikenali.sehingga bertemu tempat yang dikatakan dia dan perempuan uh bersama.dier melihat sebujur tubuh dibaluti kain hitam di sebuah sudut.dan dia cuba menyelamatkan perempuan tersebut.apabila membuka kain tersebut,ia adalah TENGKORAK!
dan dier terus berlari mencari jalan pulang.dan beberpaa kali tersesat!
Audi pula berada di tingkat bawah melihat keadaan di luar hujan mula turun.kilat sabung menyabung.dan dia cuba mencari Andrew.apabila di sebuah kamar,dia terlihat seseorang yang berpakaian lengkap sebagai tentera jepun.dia menyangka itu Andrew.dia mencari Andrew disitu.tetapi ia terjumpa sebilah pedang dan pisau tentera jepun.dia menjerit nama Andrew.
dia keluar dari kamar tersebut dan melalui koridor.apabila dia melihat ke hadapan seperti ada seseorang datang kepadanye,seseorang itu adalah tentera jepun yang tadi.
apabila dia pusing ke belakang!dua wajah perempuan yang menyeramkan menerpanya.
dengan pantas semuanya berlaku,Audi ditarik secara meniarap ke satu tempat gelap.
Andrew yang berlari2 sambil ketakutan mencari Audi apabila sampai di tingkat bawah.tanpa disedari,apabila dia berpusing.SAPPP!!satu belahan dilakukan oleh Audi di dadanya.Andrew mati!
Fariz;mengalami sakit kronik dan menyebabkan hilang pendengaran.
Sheena;tidak diketahui apa keadaanya.
Andrew;mati dibunuh.
Audi;dibicarakan di mahkamah.dan tidak tahu motif pembunuhannya.
TAMAT.

seram kot citer uh.biler dah abes,g solat.
then,diorang ajak maen bowling.HAHA.
aku dahlah tak pernah maen bowling.takpelah.bak kata diorang,try r.
ok.tambah geng due org dak skolah atiqa.sementara tunggu uh,lepak la.aku minum air milo yang berharga 3RINGGIT.mahal en?mmg..ak pun terkejut.
nak abeskan popcorn lagi.aku memang cari tong sampah je.haha.
lepak la.amek2 gamba.gelak2.sembang2.lagi better r dari yg hari uh.hehe.
tyme nak amek kasut uh,aku malas la nak maen.ingat nak tengok je.atiqa hasut aku kate,maen la.rugi x maen.
aku pun men la.kasut saiz enam mehh~HAHA
aku lawan dengan Syafawani ngan Zalikha.

first round,aku masuk longkang.HAHA.yela,mane penah men en.
bila dah lepas2 uh,aku strike!wahhaaha!
member2 aku pun tak caya yang aku tak pernah maen.cewahh~!HAHA
AKU MENANG!!caye??
cayela..tak tipu.benar.a fact.not auta.haha!
hepy bukan kepalang aku.bile strike uh.pergh!best2..
hari ni aku save duit sebab byk member aku belanja.hehe
then,beli aiskimo kat Daily fresh.summa,raja'a ilal baiti!





p/s:BAHAGIA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan