hurm,kenapa?terkejut dengan tajuk yang diutarakan?haha.
kenapa saya tergerak hati nak tulis pasal isu tersebut.
sebab,tadi masa on9.ada satu status yang ditulis oleh guru saya Us.Hamdi.
Seorang non-Muslim yg berniat jahat telah bertanya kpd anak murid sy, "Kalau org Islam percaya Allah tu Maha Pencipta, justeru siapa yg mencipta Allah?" haa~ cepat siape boleh jwb? [twrn utk anak murid yg masih di smakl: sape boleh jwb dgn jwpn lagi best dr saya, saya blanja, hehe...:]
jawapan yang diberikan oleh silver'z ialah:
sebab Allah itu kan tuhan.mne boleh cipta tuhan.sebab bende yang dicipta itu pasti ada kelemahan.macam mana kita yang sedia lemah ni nak mengharap sesuatu yang sempurna pada sesuatu yang ada kelemahan?kita mestilah nak bergantung pada yang Maha Sempurna.
er,ok x kalau saya cakap macam ni?
er,ok x kalau saya cakap macam ni?
sekarang ni,cuba kita fikir.sememangnya,ramai orang2 kafir di luar sana yang sering menguji keimanan seseorang muslim itu melalui persoalan2 yang seperti ini.
saya nak sambung jawapan saya di sini.
erm,,kenapa saya cakap macam itu?cuba fikir dengan akal logik.
kita.manusia.sememangnya sedia tahu.yang kita ada kelebihan dan kekurangan.
tapi,kekurangan tu lagi banyak la.contohnya.tak semua orang pandai masak sedangkan setiap oran tahu apa itu memasak.betul tak?
tentang kelebihan...haaa!
tamsilannya.kita ada kelebihan seperti pandai bermain alat muzik.kita mahir bermain semua alat muzik tak kesah la tradisional ke moden ke.tapi,apa kita benar-benar hargai dan memanfaatkan betul2 kelebihan yang diberikan kepada kita?
so,kita ni memang ada kekurangan seperti sentiasa tidak dapat atau susah nak capai apa yang kita nak.
confirm2 la kita hendak mengharap kepada sesuatu yang sempurna untuk mendapatkan apa yang kita mahu.
justeru,takkan kita hendak bergantung pada yang tak sempurna juga?
Allah itu Maha Sempurna.sebab itulah kita terutamanya umat Islam mesti,wajib! beriman bahawa Allah itu Tuhan yang Maha Segala-Galanya.
kenapa?
sebab,kita ni manusia yang sedia lemah dan apa2 yang kita cipta sesuatu yang sehebat mana dan secanggih mana pun ciptaan itu pasti ada kelemahan.
contohnya,kereta ferrari.selaju mana pun kereta itu boleh dipandu, ia perlu juga untuk berhenti dan ditukar segala bahagian2yang di dalam mahupun luarannya.kerana segala bahagian2 yang lama tidak sesuai untuk digunakan lagi.
bagaimana pula untuk mencipta alat2 yang sebegitu?
gunakan akal.bukankah akal itu kurniaan Allah yang sangat berharga untuk manusia?
begitu juga dengan roket.
sehebat mana pun roket yang dicipta.akan meletup juga jika dipasang bom.
betul tak?
bagi saya,buat masa sekarang ini,itu dah cukup untuk menunjukkan kita sebagai manusia yang serba kekurangan perlukan tempat pergantungan dan pengharapan yang sempurna.iaitu Allah S.W.T.
Non-Muslim:tapi,bukankah Muhammad itu manusia yang sempurna?
Muslim:ya,benar.tepat sekali.
Non-Muslim:naa,jadi?apa bukti yang kamu hendak katakan setiap manusia ada kelemahan?
benar.setiap manusia ada kelemahan.Nabi Muhammad juga adalah manusia seperti kita.tetapi,Nabi Muhammad ialah manusia yang telah dipilih oleh Allah untuk menjadi manusia yang sempurna tanpa dosa.
Nabi Muhammad diutuskan pada zaman arab jahiliyah yang sangat jahil ketika itu.
kalau nak dibandingkan dengan jahilnya manusia zaman sekarang.lagi teruk mereka dari kita.Pelbagai kejahilan yang mereka lakukan dan dijadikan amalan hidup seharian.Sebagai contoh,mereka ketika itu sanggup membunuh anak perempuan yang baru dilahirkan secara hidup2.Kerana pada pendapat mereka,anak perempuan hanya menjatuhkan maruah keluarga.
seperti kisah seorang sahabat Rasulullah yang telah memeluk Islam ketika itu.
Pada suatu hari,Rasulullah terlihat seorang sahabatnya menangis. kemudian,Rasulullah datang kepadanya lalu bertanya,"Wahai sahabatku,kenapa engkau menangis? Kemudian,sahabatnya menjawab."Ya Rasulullah,aku menangis kerana teringat akan kejahilan yang pernah aku lakukan ketika aku kafir dahulu.." Rasulullah bertanya,"Apakah kejahilan yang telah engkau lakukan?"
"Ketika isteriku hamil,aku berharap anak yang yang dikandungkan itu adalah lelaki. kerana pada pendapatku anak perempuan hanya menjatuhkan maruah keluarga sahaja. ketika anak itu dilahirkan,aku dengan rakus masuk ke dalam rumah untuk mengetahui tentang jantina bayi tersebut.apabila aku mengetahui anak tersebut ialah perempuan,dengan kejamnya aku telah merobek perut perempuanku itu dengan sabit sehingga terpercik darahnya ke pakaianku dan wajah isteriku.Lalu,aku keluar rumah sambil mengangkat tanganku yang dibasahi darah dan melaungkan dengan angkuh dan bangga,"AKU SUDAH MEMBUNUH ANAK PEREMEPUANKU!.
Pada kelahiran anak isteriku yang seterusnya,aku diberitahu bahawa jantina bayi tersebut ialah lelaki.Lalu aku dengan bangga keluar rumah serta menjulang pedang dan mengumumkan kepada orang ramai bahawa aku dapat anak lelaki.Anak itu aku asuh seperti anak lelaki yang lain.diberi pakaian lelaki.diberi permainan anak lelaki.sehinggalah satu saat,ketika anakku itu bermain2 di padang pasir dan dia menyatakan dia mahu qada' hajat.Lalu,aku membenarkan dia qada' hajat seperti anak2 lelaki kecil yang lain lakukan.pada ketika itu,dengan terkejutnya aku mengetahui bahawa jantina anakku itu sebenarnya ialah perempuan.Aku tanpa kata menggali tanah untuk dijadikan lubang yang dalam.anakku itu bertanya kepadaku,"Ayah,kenapa ayah buat lubang ini?" Aku tidak menjawab dan menolaknya ke tepi.Walaupun begitu,anakku itu tetap mengelap peluhku ketika peluhku mula membasahi wajahku.Namun,aku tetap berlaku kasar terhadapnya dengan menghalaunya dari mendekatiku.apabila lubang itu sudah siap.dengan rakus aku menghumban anakku ke dalm lubang tersebut.Anakku kehairanan dan panggilan 'ayah' bertalu-talu meniti di bibirnya saat aku terus menimbusnya dengan pasir ke dalam lubang tersebut sehingga hilang suara jeritan meminta pertolongannya kepadaku.Rupa-rupanya,ketika waktu anak aku itu dilahirkan,isteriku telah menyuruh bidan supaya memberitahu jantina anak kami itu lelaki kerana tidak mahu anak itu dibunuh kerana jantinanya perempuan."
itulah cerita seorang sahabat Rasulullah yang kita perlu ambil pengajaran.berbalik pada topik,cuba bandingkan kejahilan manusia zaman sekarang dengan zaman arab jahiliyah dimana ketika itu Rasulullah diutuskan untuk menjadi ikutan.
pada zaman ini,jikalau mahu melakukan pengguguran anak tidak sah taraf,hospital mahupun klinik2 yang dimilik oleh orang yang tak bertanggungjawab ada menyediakan.tidaklah berani sekiranya pasangan tersebut mahu melakukan secara terang-terangan.
bukankah begitu?
jadi,Nabi Muhammad merupakan ikutan yang sempurna.
segala kebaikan nabi dapat diikut dan pilihan Allah untuk menjadikan nabi Muhammad sebagai pemimpin di muka bumi adalah sangat tepat dengan mengikut kesesuaian fitrah manusia.
bagaimana pula yang itu?
cuba kita bayangkan,setiap makhluk di dunia ini diciptakan berbeza-beza.
adakah kita mahu ikut perintah sekiranya yang menjadi pemimpin adalah syaitan?
bukankah kita tahu syaitan adalah makhluk yang sering mendorong manusia ke arah kejahatan.
oleh itu,nabi Muhammad merupakan ikutan yang sempurna dan terbaik.
Kata lain,sekiranya kita mahu dipimpin dengan baik,kita perlukan pemimpin-pemimpin yang tidak semestinya hebat tetapi menepati dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik.
bukankah kita tidak mahu jadi seperti,,,mak ketam yang mengajar anaknya belajar jalan senget?ataupun,kita yang jadi anak ketam tersebut?
Wallahu'alam.
p/s:hujah2 saya ini saya imaginasikan seperti sedang menjawab persoalan yang ditanya kan oleh seoran Non-Muslim kepada seorang Muslim.saya harap,semua hujah saya dapat diterima pakai.walaupun tidak mengandungi dalil2 Al-Quran dan hadis.namun,semua yang saya hujahkan disini semuanya berlandaskan Al-Quran dan hadis serta ilmu2 yang saya telah pelajari.buat apa kita mahu bermegah2 dengan ayat2 al-Quran sekiranya kita sendiri tidak mengamalkan?bak kata orang,tepuk dulang paku serpih la kirenye ni.hehe.so,assalamualaikum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan