'Ummati,Ummati..'
itulah kata-kata terakhir yang meniti di bibir Rasulullah,
Nabi Muhammad junjungan besar serta kekasih Allah yang amat diingati.
InsyaAllah~
Alhamdulillah,sudah sampai tahun 1433 hijrah maulid nabi kita kan?
syukur sangat aku antara umat Nabi Muhammad yang Allah pilih untuk masih hidup di atas muka bumi yang serba luas ni.
bukan semua orang dapat sambut Maulidur Rasul ni.
dan,,,
bukan semua orang ingat tentang Maulidur Rasul ni,
jadi,tahniah kepada anda,anda dan anda yang masih berpeluang menyambut Maulidur Rasul ni.
*angkat tangan kanan,letak kat dada,dan sebut
'alhamdulillah'~
aku bukan nak bagi ceramah ke hape,tapi sekadar mengajak kita semua untuk mengingati sebentar Hari Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.
*ha!jangan lupa jawab selawat uh dengan selawat yee.
cuma aku mahu sarankan supaya kita perbanyakkan amalan2 sunnah nabi dalam kehidupan seharian kita.
tak susah kot buat amalan2 ni,
daaaan terlalu banyaaaaak sunnah2 nabi ni.
salah satu yang bagi aku paling senang ialah meraup wajah kita dengan kedua belah tapak tangan semasa bangun tido!
kalau ada yang kata susah,aku tak tahu laa --'
dan,hey!secara automatiknye kita akan ingat pada Rasulullah~
dah tambah keberkatan hidup dah namanye uh!
Alhamdullilah~
cuma aku nak tambah lagi,
tanamkanlah sifat2 nabi di dalam diri.
BENAR.AMANAH.MENYAMPAIKAN.BIJAKSANA.
tak payah banyak2 nak amalkan sifat nabi yang lain2 uh.
bukannye tak galak nak buat.
malah sangat3 digalakkan,
untuk kita cuba jadikan semua sifat nabi adalah penghias diri kita!
insyaAllah,kita semua mampu.
tapi kalau dah diri kita ni jenis yang payah sangat nak amalkan yang lain.
cuba amalkan yang empat sifat wajib uh dulu.
insyaAllah~sifat2 yang mulia akan lahir sendiri dalam diri kita.percayalaaah~
'...sesungguhnya,orang yang bakhil itu adalah orang2 yang tidak berselawat ke atasku'
itu adalah antara bait2 hadis Rasulullah yang mengingatkan kita bahawa selawat nabi merupakan antara salah satu pahala besar buat diri kita.
dan as seorang pelajar terutamanya,
selawat ni sangat bagus untuk diamalkan untuk kuatkan ingatan kita.
try dulu buat,tengoklah hasilnya.
macam2 jenis alunan zikir selawat ni.
seronok tau kalau selawat ramai2,betul.
tenang je hati ni mendengar.
insyaAllah~
*err,sory.aku tak download video ni.so tekan LINK ni.
p/s:nak maulid ramai2!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan