Ahad, Jun 05, 2011

[rewang2#]

assalamualaikum.jom kita sambung cerita.ok,hari sabtu semalam selamatlah abang deen dan kak aleena.
selepas payah aku emlawan syaitan dan nafsu tidur aku pada pagi tersebut.
maka,aku bangun dalam 6.15 pagi dan mandi awal au.hehe.kantoi r aku akan mandi bila matahari dah pacak.ok ok.
selepas selesai sembahyang subuh and siap siap.aku pun turun lah ke padang.
ermm,agak tak selesa memula sebab ibu takde depan mata.dahla,aku sorang je anak dara kat situ.
dengan tudung tigasegi hitam,baju tshrt hitam dan tracksuit ayah.aku pun emlilau cari ibu.
ok,jumpa daa.
then,buat teh tarik dengan makcik...*haha,aku lupe la nak tanya untuk para perewang.bape tin susu dah aku bukak.tak sedap2 gak air uh.aiseh,kang aku jampi kang.last2,selepas dalam 6 tin susu dah dituang,selesai.eh he,nanti dulu.jangna terkejut.memang la sampai 6 tin sebab buat dalam tong yang orang guna untuk isi nasi kalai kat kenduri uh.ok?
aku taknak buat keja yang duduk2,memotong2.haha,memilih plak.ibu paham dah aku ni,aku nak keje yang bergerak.so,aku tolong ibu ngan cik wik buat bunga manggar dan bunga rampai.
mula2,gabus utnuk cucuk bunga manggar uh takde.
aduh,macam mana nak buat?jadi,cik wik soh aku pergi petik buah betik kat tepi pagar post c uh.
aku ajak la member aku.nak tau sape member aku uh?aisyah,anak cik wik.helo,budak uh sekolah rendah agi kot.tapi,rajin and lasak.lagi best kot buat keja ngan dier dari bebudak yang sama baya ngan aku tapi nak taknak pun buat keja2 yang kena angkat2 segala benda,tolong panjat2 and apa2 lagi yg sewaktu dengannya.aiseh,memang la.dah nama pun awek2 cun.ne boleh buat2 keje lasak cam gitu,nanti hilanglah 'keperempuanan' kan? --''
memang aku dari tadika takleh join geng bebudak uh.huhu.dari tadika tu derr,jangan main2!haha.
then,aku dengan ecah g la cari buah betik.dengan pisau ditangan kananku,dah rupa orang nak g membunuh.haha.
kitaorang jalan la,laaa,mana pulak la pokok betik ni?ermm.
cari cari,nampak!tapi,tingginyeeeee.macam mane nak amek?aduh!dah la tepi pagar rumah orang,yang jadi masalhnye,tepi pagar uh belah dalam rumah cina uh.
nak amek ke taknak?aku dengan aisyah dok piker,tetibe ade anjing menyalak.huaa!lari!!!!
XD!
cari plak polistrin.kitaorang naik dulu kat tingkat 9.g rumah akula.
tade,haa!cari kat stor setiap tingkat.
jadi,kitaorang guna tangga.semua stor kitaorang masuk.ngee!dapat satu plastik polistrin!
kan keja2 uh buat kat tingkat 2,kitaorang jumpe satu plastik polistrin uh kat tingkat 3 punya stor.--'
haha.tapi tak diterima oleh cik wik,isk isk.sebab polistrin kan liat!
nak gabus gak.ermm,mencari la plak pakcik yaasin kat tempat pelamin.tade plak la pakcik sorang ni.
aisyah plak g teman papa cari batang mop.last2,dah jumpa dah gabus.
beberapa minit kemudian,aisyah datang bawa dua batang yang memang untuk bunga manggar.mak aihh,tinggi gila.dah siap asah pun.sampai air panas sana uh g cari.haha.
cucuk cucuk.siap.
then,aku naik jap.macam dah takde benda nak buat en.then,ibu naik suruh siap lawa2 nak tolong bagi2 beg.ibu kata x de orang nak buat.
aik?bebudak yang aku takleh join uh mana?oh,diorang ada.tak cukup orang je.ok ok.
aku pakailah baju kurung biru dah tudung putih sebab tema dier biru putih.
cakap pasal warna ni,lawa kot pelamin dier,dah macam tema kayangan daaa!suka suka!
masa jalan nak g padang,nampak si hakim tengah tolak troli yang mana wan tengah duduk atas troli uh.--'
sampai2,ibu suruh makan.amek la nasi,lama la plak si wan ni amek nasi.makan makan.
aku nak gak buat keja2 mengangkat2 segala bagai,tapi,baju kurung yang aku pakai uh menghalang!huh,kadang2 aku terpikir.asallaa aku pakai baju kurung.
ermm,nanti ada satu suara jawab ,'sebab ni kan kenduri,hey der,hormatlah sesuatu najlis kalau nak jadi orang!'
ok ok.then,ibu suruh aku tolong letakkan lauk kat pinggan orang kat meja buffer uh.
aiseh,tak nak aku!
haaa,last2.aku jadi pengisi air ke dalam cawan,menghantar cawan ke setiap meja buffer.kira la2 campur sket jea pemantau gak r.
budak2 kot yg dok jadi penghantar cawan dengan pembasuh cawan ng pinggan.aiseh,bape kali cawan daaa!haha.
seronok kot tengok budak2 uh dok basuh pinggan.teringat aku dulu.tu tyme aku dok pakai tshrt lengan pendek,perangai cam jantan and tak pakai tudung.sekarang ni,kena buang keja yang senonoh sket r.keh3!dah lama2 uh saket gak pinggang aku dok terbongkok2 isi air ke dlam cawan daripada tong air.huh!mau nye tidak,tak putus2 kot orang datang.
sampai pengantin dok atas pelamin dan persembahan silat yang dilakukan oleh khairul dan naqiuddin tak dapat tengok!hurmmm.
tape3.then,aku stop.tolong ibu dengan makcik2 lain isi lauk lebih ke dalam plastik untuk orang2 lain.
bungkus nasi,bungkus bawang,bungkus lauk dan sebagainya.lauk ayam masak merah lambat diberitahu tentang kewujudannya!jadi,aku kena bungkus semua ayam satu kawah uh sambil dibantu oleh cik emi dan cikyah.sampai ke petang aku buat benda ni.
sambil dok semua orang menghabiskan apa2 yg patut.para2 bapa dengan mak2 ni pulak nak berkaraoke!aiseh,ayah pun tak terkecuali kot.haha!
mak yam menyanyi la lagu yang ada senikata teruna,teruna.entah,aku puntatau lagu apa uh.haha!mula dier nak nyanyi uh smeua orang dok bersorak kat suami dier,pakcik razak yang tengah buat air sambil senduk kat tangan.haha.masa2 tengah2 lagu uh,makcik yam ni saja2 la ngengade nak bagi ucapan,pakcik razak angkat senduk dengna gay gurau ala2 bagi warning r tayah lelebih~hahahahaha!sumpa comel!
huuuu.dah selesai,aku lepak dengan pakcik razak sambil melantak ikan siakap lauk pengantin yang tak termakan uh.haha!
HAPPY GILAAAA!SEDAAAAAAP!
dah tade benda nak buat,last2,aku dengna tulang ringannya bangun dan cari plastik sampah untuk kutip sesampah yang ada kat tempat uh.tempat orang memotong2 uh la.
selamba je aku ikat kain baju kurung uh ke pinggang macma yang selalu buat kat musolla bila panas.hehe.
then,aku jerit."sampah!sampaah!nak sampah!"
haha,anak dara sorang ni.ish ish ish.ok r,dari ada anak2 dara yang hanya melihat aku sorang je buat?apa cer?malas la nak suruh diroang gak.
aku sapu tempat uh,ermm,terima kasih makcik makcik sebab pandai beralih dari atas tikar uh.
then,aku angkat tikar2 uh then tepuk kat tepi rumput.
sapu sampai agak2 bersih tempat uh,kemas lauk2 yg dah dibungkus ke dalam kotak.
aku tak tahan,aku bukak kain aku.haha.
dan jalan bersama ibu pulang ke rumah sambil mengangkat kotak berisi lauk2 kenduri yang lebih*kitaorang punya jelaa!
gila ke hapa?buat keja sampai macam uh,tatau penat ke?
haha,aku hepy je kot.and seriously!aku tak pernah rewang sampai terbongkang aku depan tv!haha!
sebab dah lama tak merewang en,tu yg excited semacam je uh.




p/s:panjang panjang!haha.sory r kalau bosan baca.aku just cerita je apa yg aku lalui!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan