Sabtu, Ogos 06, 2011

[KEM NADWAH KEPIMPINAN#1]

assalamualaikum!
kem nadwah kempimpinan di DUSUN ECO RESORT telah selamat dijalani oleh barisan mpp dan pengawas f4 smkakl.
kami bertolak dalam lebih kurang pukul 10 ke atas.
tapi,ada satu tragedi yang tak berapa nak tragis la.
setiap pagi,aku rasa semua sekolah akan perhimpuanan dulu en?
jadi,sekolah aku plak
semua pelajar dikehendaki membawa alquran untuk bacaan alquran tiap2 kali perhimpunan.
wajib r semua bawa alquran.
aku pun terkocoh2 gak r berlari ke surau sebab nak amek alquran tafsir.
masa nak gerak balik g tapak perhimpunan,
pengawas uh dah countdown,
aku apa lagi dah cuak,berlari r,
sekali,amek ko!tersadung slide baik punya macam superman tepi musollah uh.
tercampak alquran kat tangan yang digenggam kemas,
ok ok try cover macho,jalan macam biasa even ada orang tolong aku.
huhu.
masa perhimpunan uh la baru aku sedar lutut aku berdarah,
tapi seluar tak terkoyak pun.
memula kena masuk kelas,kelas addmth plak uh.
dah nama pun nak belajar,aku plak short-sightedness,keluarkan lah spek aku dari poket.
aik?satu lens je tinggal,mana lagi satu?tercabut kut..
*tangan meraba poket*
aik?asal takde rasa bentuk lens spek pun.
makkkk!dah bekecai!shuttered!6 pieces plak uh!
huhu!redha2.ok ok,the rest is history.
kami selamat bertolak dari sekolah dengan ceria selepas malap cuba nak rampas bas smakl dari dak puteri naik bas sekolah uh.haha.
tak leh jamak dan qasar pun sebab tak sampai 2 marhalah pun.


haa!dah sampai,tapi kitaorang kena naik trak kut nak sampai ke kem uh.
seronok bhaii!tak pernah kot naik trak cam gitu je en.hehe.
amek port belakang sekali,
rasa gerun je,haha.tapi pengalamann..
ok,dah sampai kat atas bukit a.k.a dudun eco resort yg sebenar.
tengah tunggu diberi tahu apa yang patut kami lakukan seterusnya.
macam2 lagu perut ni main time ni.
bukan main lagi en.
masa ni,wafa ada bagi nasihat supaya jangan terlalu suka sangat
sebab ni kan tempat orang.
tuan suhaimi bagi taklimat,
then dapat cadar,sarung bantal untuk katil kat dorm.
dapat tshrt hijau!
nasib baik la bawa dua helai tshrt je.
kena duduk kat dorm.best gak la dorm dier.
lepas uh,jakun kejap duduk kat toilet dier sebab air kat situ memang sejukkkkk lah gila!
air bukit en.memang la!
nama tak rasmi dorm kitaorang adalah!
dorm walawey!
haha!nama uh dak2 dorm aku yg bagi.haha.
lagi satu perempuan.
dorm fuyooo!
haha.
sengal2 je.
kemudian kami disuruh makan nasi,telur masin,kari ayam dengan kangkung goreng.
favourite uh! gila apa tak habis kan.haha.
selepas itu,kami diserahkan kepada tuan2 dan puan2 komandan.




ok,yg baju oren uh tuan mohammad,dan baju hitam uh tuan saiful.
garang tak garang,nama pon komadan en.
tapi tuan mohammad uh ketua komandan.
mereka tegas dengan kitaorang sebab nak kitaorang jadi tegas dan kuat.
bukan lembik macam nasi!


ice breakin time!
pelik sket r cara dier dan aku rasa kreatif je!
bayangkan semua orang kena tampal mask tape kat mulut dan
kena buat gaya ala2 orang bisu cari something berdasarkan watak yg kami dah cabut undi sebelum uh.
ermm,terkial2 gak.
dan,kami kena jawab,"Allahuakbar!"
bila tuan/puan sebut,"Nadwah!"
boleh plak time uh puan qam uh jerit nadwah time kitaorang bertampal mulut.
kah3!memang "emmm mmm mm!"
HAHAHA.


ok,ni dak putera first punishment sebab tak dengar arahan.


kami puteri pun kena juga..seterusnya,macam biasa.
dah duduk dalam kumpulan uh,macam ice breakin yg lain.
kami diberi kertas mahjong.kain kuning.
kain kuning uh bukan unutk aktiviti bunian kemenda ntapapantah uh.
tapi untuk buat bendera.
eh lupe plak nak bagi tahu sape ahli kumpulan aku.
ADIB.AMIR.AZRUL.MIOR.
SHIDA.IZYAN.ANIS.YUHANIS.AAINAA.AMNI.
KHALID ALWALID'S!

dah selesai segala bagai ice breakin yg dah already broken.
solat asar berjemaah dalam surau yg memang kampung habisan uh selamat dilaksanakan.
ermm,aku suka kot.tenang je rasa.
dan kami ada riadah petang uh!
kena naik jambatan gantung!



dengar baik2 penerangan tuan saiful uh.




panjang en?

tinggi uh.memang membina keyakinan diri la!
then,kami berjalan di pinggir hutan patah balik selepas penat gak r berjalan kat tempat berbukit bukau uh.
ok,masa perjalanan nak ke jambatan gantung uh,
bleh plak geng Mutiara Iman(bebudak lelaki bermasalah) tengah mandi kolam.
huaaaa!tetibe lari laju gila kat situ.haha!

dah selamat sampai di kem kami.
then,kami diberi masa untuk rehat kejap dan bersiap unutk solat maghrib.
malam ni,ada ceramah motivasi.
tapi,ada la hal yg menyebabkan semua orang dah taknak buat perangai macam uh dah.
selepas solat isyak.kena pergi dewan lek.
sedap je dengar tuan saiful bagi ceramah.
then,tuan mohammad.
agak mengantuk la sebab badan penat.bukan sebab tak best ok.


tuan saiful ni guru pendidikan islam kat sekolah rendah,tapi seronok la dengar ceramah dier pasal kepimpinan rasulullah.
selesai ceramah tuan mohammad lepas uh.
kami dikehendaki duduk dlaam kumpulan
dan kena bincangkan isu,halangan dan cadangan masalah disiplin serta tentang pengawas di sekolah.
dan kena bentang.




ni kumpulan apa ntah.hehe sory aku tak ingat.
ni salah satu contoh la macam mana kitaorang kena bentang.
tapi,dalam kem ni:
1. asal salah kena turun ketuk ketampi.
memang menguatkan kaki la wey!
2. setiap kali berkumpul
kami dikehendaki beratur ikut format kawad.
main sebut je nama,sebab semua orang kena keluar ke depan.
3.semua kena bergerak pantas dan patuh arahan.

hari pertama telah kami selamat menjalani dan berakhir pada pukul 2 suku pagi.
masa uh terpikir je apa la bebudak kat asrama uh tengah buat en.
tapi!kami kena buat jurnal untuk hari first di kem uh dan kena hantar esok pagi time riadah.
ermm,mau cekup mana time nak buat jurnal.
memang kena sengkang mata kejap r sampai kol 3 pagi buat natang uh.
tu pun takde idea kot.main buat je.asal ada rupa jurnal da!
then,pejam!
"ALL FOR ONE AND ONE FOR ALL!"


p/s:tak mandi lagi uh!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan