Tadi masa tengah search soalan2 yang pelik2 kat google terjumpe artikel ni.
best gak r.baca laa.
HARI ini kita cerita tentang langit ciptaan Tuhan yang indah ini. Cantik, sedap dipandang dan sangat menenangkan jiwa. Pernah anda terfikir kenapa langit itu berwarna biru? Kenapa tidak kuning, hitam, hijau atau sebagainya? Sungguh unik alam ini diciptakan bukan?
Sebenarnya tuan puan, cahaya merupakan
salah satu bentuk tenaga. Cahaya matahari yang dipancarkan itu
kelihatannya putih tetapi sebenarnya ia merupakan gabungan warna-warna
lain seperti merah, jingga, kuning, hijau, biru dan violet. Anda boleh
memerhatikannya pada kejadian pelangi yang mana ia mengandungi kesemua
warna-warna ini.
Langit yang kita
pandang setiap hari itu mengandungi udara. Dan udara itu sendirinya
mengandungi beberapa jenis molekul gas, serta beberapa lagi campuran
habuk dan sebagainya. Cahaya matahari yang dipancarkan ke udara di langit akan mengena kepada molekul-molekul gas itu tadi dan seterusnya akan memantulkan cahayanya kepada beberapa arah.
Sesetengah warna seperi jingga dan kuning akan bergerak terus sahaja, manakala warna biru pula akan memantul ke semua arah. Dengan ini, cahaya warna biru akan bertebar ke seluruh ruang udara di langit. Jadi, bila anda melihat ke atas langit, cahaya-cahaya biru ini akan sampai ke mata anda dan langit akan kelihatan berwarna biru.
Lain pula ceritanya di angkasa
lepas. Seperti mana yang kita semua telah ketahui bahawa di angkasa
lepas merupakan ruang yang tidak mempunyai udara. Jadi, cahaya matahari
yang dipancarkan tidak akan memantulkan cahayanya yang lazimnya akan
dipantulkan melalui molekul-molekul gas. Tiada satu cahaya pun yang akan
bertebar di ruang angkasa hasil daripada proses pemantulan. Maka itulah ruang angkasa kelihatan gelap dan hitam.
Indah, unik dan hebat kan kuasa Tuhan?
Kita sebagai manusia yang amat beruntung ini seharusnya mengambil semua
ini sebagai motivasi untuk kita jadi lebih hebat lagi, lebih kreatif
kita mencari, kita merungkai segala rahsia-rahsia alam. Salam motivasi!
p/s:copy paste form here