Sabtu, April 19, 2014

[sekali lagi]

*dulu.
"kau baca apa uh?"
"Versus,Hlovate"
masa aku baca novel ni dulu,aku tak berapa faham kenapa dinyatakan dialog 'susah nak tinggal benda(perkara yang kurang baik)yang memang dah lama sebati dalam diri'
sebab pada aku 'apa yang payah sangat nak tinggal benda yang tak baik dan nak berubah kepada lebih baik kalau niat tu betul-betul nak berubah?'

*sekarang.
"dulu aku tak paham kenapa susah sangat nak berubah,tapi sekarang aku insyaaAllah dah faham"
"kenapa?apa yang kau maksudkan?"
"entah lah aku pun tak tahu,tapi yang aku tahu,memang susah untuk jadi lebih baik tu"

*usrah time.
"hati kita ni boleh mati jika kita buat perkara-perkara seperti berikut; tahu Allah itu Tuhan kita,tapi kita tidak menunaikan hak-hak-Nya...."
*sentap.

*duduk sorang-sorang.
teringat kata-kata ustaz hafizi,
"kita pasang niat nak bangun awal untuk tahajud,tapi Allah akan hantar macam-macam dugaan untuk tengok kita benar-benar atau tidak untuk kita mencapai perkara yang diniatkan kerana Allah itu."

apabila difikirkan kembali, betullah.
diri ini selalu terjatuh di kala ingin berubah kepada yang lebih baik*insyaaAllah*

series sakit bila jatuh.
sangat.
amat.

Adakalanya terasa seperti perlu berlari 400 meter sambil mengendong seguni beras.

sedih.sakit.perit.
itu yang hati aku rasa sekarang.
apa sebab aku sudah jauh daripada Al-Quran?
apa sebab aku sudah tidak menghayati pertemuan dengan-Nya ketika solat?
apa sebab aku sudah jarang membaca zikir al-ma'thurat?
apa sebab aku sudah jarang berjemaah subuh di masjid?
*nauzubillahminzalik

sekali lagi,tatkala aku terdetik untuk muhasabah diri
Allah tetap bagi peluang pada aku untuk rawat luka yang terkesan itu dengan menghantar orang-orang yang masih memberi ubat nasihat dan kata-kata hikmah untuk dihadam oleh akal dan jiwa yang serba lemah ini.

Hiduplah kembali wahai hati
Sucikanlah kembali wahai diri
Fikirkanlah kembali wahai jiwa

p/s: bila kita sakit,sedih,disuap dengan ujian.itu tandanya Allah sedang berbicara dengan kita. ulang suara,Allah sedang berbicara dengan kita. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan