Khamis, Ogos 05, 2010

[salam kerinduan]

assalamualaikum
salam kerinduan.itulah tajuk blog saya pada kali ini.
pelik?hehe.mungkin selepas ni saya lebih prefer untuk menggunakan 'saya' dalam perbicaraan saya di dalam blog ini.

apa yang saya rindukan?
saya rindukan hati saya yang sentiasa terlekat dengan Allah yakni sentiasa mengingati Allah dan seangkatan dengannya.
Ya,di dalam kehidupan kita pasti terasa seperti pelayaran di laut.
melalui pelbagai cabaran.ombak besar.angin kencang.
namun,kita pasti dapat menghadapi semua itu jika kita jadikan hati yang bergantung kepada Allah sebaga pengemudi pelayaran kita.

berbalik pada hal tadi.
biarlah saya mengatakan bahawa saya juga seorang manusia yang sentiasa mendahagakan kasih sayang Dia.
Kadang-kadang saya berasa hidup ini kosong untuk dijalani apabila tidak diiringkan dengan mengingati Allah.
Cuba kita bayangkan,sediakan segelas air kosong untuk diminum.Apa yang diperoleh?apabila kita minum hanya rasa tawar yang lalu di oesophogus.Bagaimana kalau kita tambahkan sedikit perisa seperti sirap ke,oren ke,gula ke dan lain-lain ke dalam air tadi.Pastinya akan terasa lebih manis untuk diminum.

begitu juga dengan kehidupan kita ,
kalau tidak dicampur dengan kemanisan iman dan kasih sayang Allah untuk diingati pastinya kosong seperti tiada apa manfaat pun untuk kita hidup di dunia yang diciptakan oleh-Nya ini.

bak kata orang.kalau hendak menggunting rambut,pergilah berjumpa penggungtingnya.
begitu juga kita dengan Allah.
kalau kita hendak hidup bahagia dan tenang dalam menghadapi dugaan yang serba mencabar hari ini,
berjumpalah dengan Allah kerana itulah jalan yang paling terbaik.

Macam mana saya hendak berjumpa dengan sahabat saya?
pelbagai alternatif yang boleh dilakukan.
mungkin saya boleh mengajaknya berjumpa di kedai makan atau menelefonnya ataupun ber'chatting' di laman sosial.Itupun kalau sahabat kita itu kelapangan masa.
Namun,kalau kita dengan Allah.kita boleh berjumpa dengan-Nya bila-bila masa,di mana jua kita berada.
bait-bait lirik lagu Pengemis Kasih
Tuhan selangkah kurapat padaMU,seribu langkah Kau rapat padaku...
Subhanallah....
Walaupun kita sebagai manusia sering lalai mengingati Dia.tapi.bila kita mencariNya.Dia ada untuk kita..
Ya Allah..
betapa kerdilNya hambaMu ini dalam meniti hari-hari di atas dunia yang fana.
Aku tidak bisa hidup tanpa kasih-sayangMU..
Walaupun aku sering melupakanMu namun Kau tak pernah lupakan hambaMu..
Sungguh,Kau Maha Penyayang lagi Pengasih~

Jadi,saya rasakan kehidupan ini ibarat kain putih yang kita sendiri yang mencorakkan.
Sama ada warna keriangan,ketenangan dan kebahagiaan kita calitkan ataupun warna kegelapan,keburukan kita lakarkan.Itu terserah kepada diri masing-masing.Yang paling penting,gunakanlah Taqwa dan Keimanan kepada Allah sebagai berusnya.INSYAALLAH~
lukisan yang terhasil pasti lebih indah

salam permisi:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan