Rabu, Ogos 11, 2010

[ramadhanyangindah]

ramadhan itu ibarat setitis embun yang suci yang akan membersihkan seribu satu keburukan.


ramadhan karim~

alhamdulillah.kita masih diberikan peluang untuk merasa ramadhan pada tahun ini.

ramadhan.

bulan yang baik dari seribu bulan yang lain.

sungguh.

ketika sehari sebelum 1 ramadhan muncul.hati ini tidak begitu tenang kerana gementar menyelubungi mengenangkan hendak menghadapi ramadhan yang mulia ini..

ketika maghrib menghampiri..
getaran jiwa semakin kuat.
"sebentar lagi nak azan,maknanya ramadhan akan tiba.syaitan dibelenggu...."
hati saya terdetik begitu.

Allahuakbar!Allahuakbar!
meremang bulu roma saya..

apakah ramadhan kali ini boleh saya jalani dengan baik?

apabila difikir-fikrkan kembali.banyak sangat perkara yang saya perlu buat mahupun ubah di dalam madrasah Ramadhan ini.
huh!memang banyak~


sebelum tiba esoknya..

saya mencari ketenangan.sekejap duduk.sekejap berjalan.hati terus mengingati Allah sambil merintih ketenangan daripadaNya.

cuba bayangkan.kalau kita nak belajar,makan,duduk pun hati tidak tenang.

bagaimana rasanya?pedihkan?


begitulah apa yang saya rasakan sebelum ini.


pada malam isnin di dalam minggu ini.ceramah tentang ramadhan telah disampaikan oleh ust.Hamid.orangnya dah berumur pun tapi cara penyampaiannya sangat menarik.

saya tersangkut kepada bait-bait ceramahnya yang mengatakan."Allah suruh kita menangisnya banyak dan ketawanya sedikit.Fakta yang mengatakan ketawa boleh menghilangkan stress dan menyenangkan hati yang sedang gelisah.Tidak...! itu semua otak Yahudi untuk menipu kita..."


Saya pun tersentak kerana rupa-rupanya fakta tersebut adalah mitos semata-mata.

kalau tak percaya,testlah..

sedang tension cuba kita ketawa dan tengok apa hasilnya berbanding kita menangis untuk melepaskan rasa tersebut.


Jadi,saya pun cuba untuk menangis bagi menghilangkan keresahan yang rasa macam serabut je dalam dada ni..

namun,saya bukan menangis kosong.tetapi menangis sambil berfikir kembali apa punca sampai sebegitu hebat Allah beri cubaan kepada saya.kerana itulah yang dituntut di dalam ISLAM.


Saya mencari-cari dan akhirnya menemui jawapannya.

Hati ini rindukan Dia.

begitu hebat cubaan yang menimpa saya pada ketika itu..
Subhanallah..



pelbagai persoalan menimpa-nimpa di akal mahupun hati ini.

apa saya boleh menjalani ramadhan kali ini dengan baik?
apa saya boleh mendidik jiwa ini menjadi tempat bercambahnya taqwa yang hakiki?
terlalu banyak persoalan yang timbul di fikiran saya apabila mengenangkan ramadhan yang mulia lagi indah ini..

namun,saya tetap yakin yang Allah akan bersama-sama dengan orang yang berusaha untuk berubah ke arah kebaikan..
insyaAllah~

apa hadiah yang Allah akan beri kepada hamba-hambaNya di madrasah Ramadhan ini?

taqwa.

itulah dia..sememangnya satu penghargaan yang sangat besar kepada kita jika kita berusaha untuk memperolehnya..

"Dan Kami selamatkan orang-orang yang beriman serta mereka tetap bertaqwa."18:Fussilat.

Subhanallah~

Jadi,apa yang kita tunggu lagi.
peluang sudah berada di depan mata.tinggal kita saja mahu menerima atau tidak peluang tersebut.
ramadhan.datangnya sekali setahun.entah bila lagi kita boleh ketemu dengannya..
sungguh.
jikalau dibiarkan.sayang,kita memang melepaskan seribu satu peluang yang besar lagi keemasan ini...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan