Jumaat, Ogos 13, 2010

[Pengajaran]

m.a.t.i. tidak akan lambat walau 0.1 saat pun.
mati.

itu sudah pasti.

seperti firman Allah yang mana bermaksud
"...kematian buat manusia itu adalah pasti."

masyaAllah~

pagi tadi,
saya menjalani kehidupan seperti biasa sebagai seorang pelajar di KLIS.
tak sempat pula hendak menelefon ibu.

seperti biasa,
setiap pagi jumaat.akan diadakan usrah atau kuliyyah di surau.
jadi,memang kena pergi surau.
ketika mendengar ceramah daripada abi.
tiba-tiba,saya macam terdengar ada yang memanggil-manggil nama saya.
saya tidak menyahut kerana takut terperasan pula.hehe
jadi saya diam jela..
aimie menyedarkan saya
"Shida!"
saya terpinga-pinga dan memandang ke arah Farah Husna.
"Kenapa?" "Adek kau datang"
Haa!!terkejut juga dibuatnya.tak pernah-pernah adik-adik saya datang di hari persekolahan.
apabila melangkah ke pintu.Kedua-dua adik saya telah terpacak dan inilah yang terpacul dari pada mulut mereka,"Tok Cik meninggal."
Innalillahiwainnailaihirraji'un...
jadi,saya balik awal hari ni..[jangan jelous]

dalam perjalanan sempat juga saya berkongsi tentang ceramah yang diberi oleh Abang Suhail pada hari rabu yang lepas dengan keluarga..
saya bercerita betapa beliau sangat mementingkan agama sehinggakan pernah bersolat di hadpan Eiffil TOwer sambil diperhatikan oleh rakyat Paris.bersembahyang di tepi jalan kerana bas rosak dan ketika itu perjalannya tidak sampai dua marhalah..subhanallah~

"Apa yang kita mahu lahirkan untuk masa depan?Kamu jadilah arkitek ke engineer ke..yang penting!apabila tiba waktu solat,kamu yang sedang membina bangunan mengambil wudhu' dan bersolat di bawah batu-batu yang dibina.Pada pandangan saya,kes-kes bangunan runtuh sana-sini bukan kerana kekurangan dari segi cara pembinaannya tetapi tidak dilakukan berdasarkan keimanan yang kukuh.Tidak amanah dan sebagainya....
......bukan apa,sebelum kita masuk ke tajuk yang sebenar-benarnya iaitu ramadhan,ya adek-adek,saya hendak menyedarkan adek-adek bahawa kita yang dilahirkan dari sekolah agama tidak perlu merendah diri dengan mengatakan,"Aku dari sekolah agama.je." TIDAK...~
tetapi,kamu semualah yang akan merubah dunia pada masa akan datang.."

ini adalah antara bait kata-katanya yang buat hati saya terus menerus mahu mendengar ceramahnya..

Apa yang dia katakan ialah untuk menghayati bulan ramadhan ini kita hendaklah:

1.MUHASABAH DIRI.

kita hendaklah melihat segala apa yang kita lakukan sebelum ini,apa kelebihan dan kekurangan yang telah kita lakukan...
seperti yang kita tahu,muhasabah diri antara salah satu cara yang boleh mendekatkan lagi diri kita ini kepada Allah sambil menyedari bahawa betapa lemah dan kerdilnya kita hendak dibandingkan dengan kekuasaan dan kasih sayang Allah~

setelah muhasabah,

2.BERSYUKUR

bersyukur kepada Tuhan yang dimaksudkan di sini bukannya bentangkan tikar lalu duduk bersimpuh dan diangkat tangannya serta mengucapkan 'alhamdulillah~' bukan!
tetapi,kita bersyukur dengan menggunakan segala kelebihan yang dikurniakan kepada kita dengan baik dan betul.Tamsilnya,kita senyum.Senyum juga merupakan salah satu amal ibadat yang boleh menambahkan lagi akaun pahala kita.kita gunakan telinga kita unutk mendengar perkara-perkara yang baik sahaja berbanding menumpang sekali mendengar orang mengumpat dan mengeji.

ketika Mercy Malaysia dihantar ke Afganistan bagi membatu saudara Islam kita di sana,seorang doktor[nama tak dimaklumkan] turut ditugaskan untuk membantu.
ketika sesi merawat pesakit,datanglah seorang makcik@perempuan tua kepadanya.

doktor;Ye makcik,makcik sakit apa?
makcik;saya sakit perut doktor..

lalu dia menceritakan bahawa dia perlu berjalan berpuluh-puluh batu untuk sampai ke kem tersebut.Untuk pengetahuan,di afganistan,daun-daun dan ranting-ranting kayu turut dijadikan sebagai santapan.Namun,pokok-pokok di sekitar jalan di afganistan kini sukar ditemui lalu hanya yang tinggal adalah batu-batu.Makcik tersebut mengatakan,bagi menampung perutnya yang sudah lapar berhari-hari tidak makan.Dia terpaksa mengutip batu-batu kerikil di jalanan lalu dimakan bagi menampung kelarapannya.Subhanallah~

kita disini?kalau boleh nak berbuka tu,macam dah tak boleh makan dah lepas berbuka tu.
cuba kita fikirkan kembali,kita disini makan yang enak-enak.mereka?apa sekarang mereka sudah makan?apa khabar kesihatan mereka?

Jadi,di bulan Ramadhan ini.Antara cara kita hendak bersyukur ialah dengan berbuka sekadarnya sahaja.tidak perlulah sampai air bercawan-cawan.lauk berpuluh-puluh jenis.
sedangkan nabi kita pun berbuka hanya sekadar tamar dan air.


selepas bersyukur,

3.TAMBAH AMAL IBADAT

setelah muhasabah diri dan bersyukur.Kita hendaklah menambah amal ibadat kita.kalau buat tahajud tu,janganlah hanya awal-awal ramadhan sahaja.kalau boleh tetapkanlah sehingga bila-bila.sesungguhnya ramadhan ini melatih kita untuk mendisiplinkan diri.

setelah menambah amal ibadat,

4.JATI DIRI.

sesungguhnya kita tak boleh hidup tanpa jati diri yang kukuh.dan jati diri kita hendaklah kuat berlandaskan Al-QURAN DAN ISLAM.

nanti,bila kita dah kerja mahupun ketika ini,kita mesti tetap utamakan urusan dengan Allah berbanding dengan yang lain.
walau kita mesyuarat dengan raja ke orang luar negara ke.apabila masuk waktu solat.Pantas ditinggalkan mesyuarat tersebut lalu pergi menyambut seruan ALLAH.
itu adalah lebih penting berbanding melebihkan duniawi.
selain itu,kalau boleh kita jangan berpisah langsung dengan Al-Quran tafsir.Bukannya maksud saya tak boleh berpisah itu sehingga mahu qada' hajat pun mahu membawanya.tidak...
jadikanlah ia sebgai peneman kita setiap masa.
Walau kita khatam berpuluh-puluh kali pun namun tidak memahami apa yang dibaca.lebih baik tak payah baca.bukan maksudnya,"Alaa..aku tak paham apa yang aku baca,so,malas lah nak baca.."
tidak~
kita mesti kena baca Quran tapi kita juga mesti memahaminya..kalau tidak, macam mana hendak mengamalkan apa yang Allah sampaikan kepada kita di dalam AlQuran kalu kita tak memahami apa yang dibaca.
Jadi,dengan menggunakan Quran tafisir dengan baik kita bukan sahaja dapat menolong diri kita sendiri malah agamaNya juga.insyaAllah~~

saya sendiri turut terketuk dengan ceramah tersebut.apa yang saya peroleh.saya cuba untuk berkongsi dengan semua orang.itupun dikira sebagai satu dakwah.berkongsi ilmu yang diperoleh.insyaAllah~

setelah sampai di masjid semanggol.Arwah Tok Cik sudah pun selamat dikuburkan.Ketika saya sampai,Pak Tam sedang membaca doa.setelah selesai.pulang sebentar menziarahi Tok Cik[perempuan].
Bila difikirkan kembali.
Saya mahu jadi seperti Tok Cik dan Mak Long yang kedua-duanya dijemput Allah dengan cara yang baik...tidak susahkan orang lain.senang hendak 'pergi'.subhanallah~
ketika bulan ramadhan yang dibuka pintu syurga dan pintu neraka ditutup,sememangnya pemergian Tok Cik saya mengira sangat bertuah.
"kita nanti kalau boleh jadilah macam Mak Long dan Tok Cik,senang je nak pergi..."itulah antara nasihat daripada ibu terchentah saya.
ya,kalau boleh nak jadi leih baik daripada mereka.namun,bukan senang hendak jadi sebgitu rupa.insyaAllah~kalau kita mahu menjadi yang lebih baik,Allah akan mempermudahkan perjalanan kita.insya Allah~

ketika perjalanan,singgah sebentar di bazaar untuk membeli sedikit juadah untuk berbuka.kot-kot tak sempat berhenti diman-mana r&r.boleh lah berbuka di dalam kereta.
tapi,sempat jugalah akhirnya berbuka di r&r tapah.
ketika menunggu waktu berbuka puasa.meja yang berada dihadapan saya dan keluarga terdapat pakcik india,cina dan melayu.diatas meja terlihat ada air,nasi lemak dan beberapa makan yang lain.Ku perhatikan mereka tidak menjamah makanan tersebut sehingga azan berkumandang.seperti umat Islam yang turut berada sama di r&r tersebut.mula membaca doa lalu berbuka.pakcik-pakcik yang berbangsa cina dan india tersebut turut 'berbuka puasa'.sungguh indahnya kehidupan kita kalau sebegitu rupa.

Selesai berbuka,solat jamak memanggil.ketika melangkah ke dalam surau.Subhanallah~memang idah.bukan macam surau dah rasanya.macam sebuah taman yang berpangkin dihiasi pokok-pokok dan batu-batu sungai.Sememangnya kurniaan akal kepad amanusia yang mereka bentuk tempat tersebut sangat luar biasa.

setelah itu,pulang.

memang berpengajaran sangat-sangat hari ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan