Jumaat, Ogos 13, 2010

[couple dengan sahabat sendiri?]

seseorang manusia itu mahu disayangi dan menyayangi
ha!
tajuk tu pelik tak?
di sini saya ingin menyatakan tentang apa yang dapat saya simpulkan setelah membaca sebuah post di www.langitilahi.com by Hilal Asyraf,penulis muda yang terkenal dengan buku Langit Illahi dan Kembara Mencari Cahaya.
hurm..kadang-kadang kita pening kepala mengenangkan sahabat kita mahupun kawan kita yang ber'couple'.
saya sendiri pun pernah merasa keadaan tersebut.serabut memikirkan macam mana nak tegur kawan-kawan saya yang bercouple.

first,cuba kita tengok balik.kenapa kawan kita bercouple?
sebab mereka hendak disayangi dan menyayangi.
sememangnya itu fitrah manusia apatah lagi jiwa remaja yang sedang meronta-ronta meminta perhatian.

ok,berbalik pada tajuk.persoalannya,kenapa bukan kita sendiri yang bercouple dengan kawan kita itu sendiri?
pelik?tidak.
apabila terlintas couple.
jatuh cinta.tak kesah lah pandangan pertama ke apa ke.lepas tu,minta no.fon.tak pun minta tolong kawan yang lain untuk berhubung.kemudian?minta couple dan couple la.

tapi,apa yang saya hendak tekankan kat sini.
cuba kita lihat.apa yang dilakukan ketika bercouple.
jalan sama-sama.makan suap-suap.berkongsi rahsia.luahan rasa hati.panggil dengan panggilan manja macam 'sayang' dan sebagainya.
cuba kita buat sebegitu rupa kepada sahabat sendiri.
haha.pasti ada yang terfikir.lesbian ke?gay ke?nak kne couple ngan kawan sendiri?.

sahabat yang baik adalah sahabat yang mampu mengajak kita kepada Allah.

hurm.kita nak masuk syurga takkanlah sorang-sorang.mestilah dengan kawan-kawan sekali.
macam pergi tempat yang best,mestilah nak pergi dengan kawan-kawan takkanlah seorang diri.

cuba kita lakukan kepada kawan kita macam orang yang bercouple.
sememangnya indah kan dapat jalan sama-sama.makan sama-sama.
ukhuwah yang terjalin pun akan bertambah erat lillahitaala..
tak caya?cubalah buat.akan terasa persahabatan yang dijalinkan lebih seronok.

cuba kita bayangkan,
tali yang diikat dengan jalinan yang kuat dan kemas pasti akan bertambah erat.
dan apabila bertambah erat cuba ikatkan tali tersebut di tempat lain pasti mudah dan kuat.
begitu juga apa yang dimaksudkan oleh saya.
kalau kita dah rapat dengan sahabat mahupun kawan kita itu.bagi membimbingnya ke jalan Allah akan menjadi lebih mudah kerana masakan kita sendiri akan menolak dan menjauhi orang yang sudah kita sayang lebih daripada diri sendiri.betul tak?

jadi,apa yang kita boleh simpulkan di sini.
kalau kita sayangkan sahabat kita.maka ber'couple'lah dengan mereka.sebab kita sendiri juga adalah kekasih yang halal buat mereka.kan kan?
teringat pula lagu Wali Band~Kekasih Halal.
hehe.
semoga kita jalani kehidupan dengan persahabatan yang bertambah dari hari ke hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan