dugaan?exam?kasihsayangNya.
huhu.pada minggu yang mencabar ni.
saya dan batch kena lalui satu peperiksaan.
semua makhluk Allah yang nak ambil PMR memang kena.
TRIAL.
exam.kalau kita terjemahkan ke dalam bahasa melayu apa jawapannya?
peperiksaan.bagi saya ialah cubaan.
dalam minggu ni ada dua jenis ujian yang saya jalani.
trial dan Cubaan yang Dia bagi.
pada hari ahad yang lepas saya jalani satu ujian yang boleh dikatakan berat.
cuba anda bayangkan orang yang anda sayang melebihi diri anda sendiri buat something yang sangat menyakitkan hati anda.
sakit.
saya pergi kepada Dia selepas solat Asar.
mengadu padaNya.menangis.melepaskan rasa yang terbuku kepadaNya.
sebab Dia yang paling memahami hati ini.
saya terfikir kenapa saya diberikan ujian seberat ini.
berfikir dan muhasabah.
kalau kita tak buat salah mesti tak didenda kan?
begitulah seperti yang saya fikir.
Ujian adalah tarbiyah direct daripada Allah kepada kita.
benar.kita pastinya melakukan dosa.
saya cuba melihat cubaan ini dari sudut yang positif.
mungkin Allah bagi saya cubaan ini bagi menghapus dosa atau menyedarkan saya yang saya dah jauh dariNya.
huh.tersentak saya.
jauh.dariNya.
memang kalau kita imbas kembali apa yang kita lakukan.
Apakah kita sentiasa mengingatiNya.
mungkin Allah hantar tarbiyah directNya itu kepada kita tanda mahu kita kembalikan hati kita kepada Nya.
sungguh.Ujian yang merupakan tarbiyah direct daripadaNya itu
ujian itu tanda kasih sayang Allah kepada kita.
Jadi,janganlah kita salahkan Allah apabila kita ditimpa kesusahan.
Sebab cubaan itu akan mendekatkan lagi diri kita kepada Allah~
subhanallah~
sungguh unik cara Allah ini.
untuk trial pula.
kepada semua pelajar tingkatan tiga,
semoga bulan ramadhan ini mengiringi kita ke dalam dewan peperiksaan dengan penuh barakah lagi rahmat daripadaNya.
semoga batch kita dapat memecahkan rekod yang di'target' oleh sekolah~
insyaAllah~
Amiinn~~!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan