Rabu, September 01, 2010

[tak puas lagi]


assalamulaikum.

manusia.memang tak pernah puas dengan apa yang dia dah ada.betul tak?

tetapi ia menjadi positif sekiranya ketidakpuashatian itu diletakkan pada jalan yang betul.

macam.

tak pernah puas kenal Allah

tak pernah puas dengan amalan yang dilakukan

tak pernah puas dengan muhasabah diri yang dilakukan


bagi saya


saya tidak puas hati lagi duduk dalam kem Ramadhan yang mulia ni.

huhu!

betol.terasa sekejap sangat melewati hari-hari dalam bulan ni.dah nak dekat habis.

cuba kita tengok dan analisis balik apa yang kita telah buat sepanjang Ramadhan ni.dari hari pertama Ramadhan sampai hari ni.

memang rasanya seperti banyak sangat peluang yang diberi kepada kita.

dahlah syaitan dibelenggu.nafsu pun kita boleh lawan(insyaAllah).


sekarang kita cuba mempertingkatkan amalan qiam kita pada 10 malam terakhir ini.

kenapa?

apa yang ada dalam sepuluh malam ni?

LAILATULQADR.

MALAM YANG LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN.


"carilah malam lailatulqadar pada 10 malam terakhir'

hadis sohih riwayat bukhari


cuba kita perhati hadis ni.'carilah'.

dia tak kata pun 'tunggu'.maka.malam lailatulqadr untuk dicari.bukan untuk ditunggu apakah tanda-tandanya barulah nak kejar malam lailatulqadar itu.


jadi,marilah kita sama-sama cari malam lailatulqadr.sesungguhnya.malam lailatulqadr adalah malam yang paling mulia.cuma tinggal kita je perlu mencarinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan