Khamis, Disember 16, 2010

[pelik]

haha!nisak aku dah baca blog ko.erm,ko tanya en?

korang tak de ke perangai pelik2 macam aku ni?

aku rasa bende yang aku buat.tak dela pelik.
tapi,orang yang piker aku pelik.

tangan aku bukan boleh duduk diam.ada je bende nak menggatal diconteng atau di'cantik'kan atau diubahsuai atau pape la.
yang pastinye tangan aku tak leh duduk diam.
sekarang ni,kaki aku pun dah berjangkit.
asyik nak bergerak ikut rentak je.

pasal tangan uh.member aku selalu cakap.
"biasa la orang seni en.."
haha.itu pelik.
pelik ke aku ni?aku rasa aku hanya buat apa yang aku rasa nak buat.
kalau korang anggap pelik.suke ati anda la.
asalkan benda yang aku buat tu masih lagi di dalam pemikiran yang waras dan betul.
kan kan?
ntah.aku rasa seni tu luas.
korang ingat cara makan x de seni ke?
korang ingat cara tido x de seni ke?
HAHA.
setiap bende yang kita buat semua berseni la sebenarnye.
haha.da3.kang korang tak paham plak apa yang aku cakap.
yela,manusia ni ada dua jenis otak.
otak logistik dan otak artistik.

ni aku nak kongsi sedikt info:
*aku 'cilok' dari blog orang.

Otak kiri banyak dikaitkan dengan fungsi akademik yang terdiri dari kemampunan bercakap, kemampuan berbahasa, membaca tulisan, logik, angka, analisis, dan lain-lainnya. Biasanya ia diidentitikan dengan kecerdasan analitik atau intelek. Maksudnya otak kiri kita ini banyak berkait dengan kemampuan matematik, analisis dan kemampuan berfikir secara sistematik. Cara kerja otak ini sangat rapi, dan terstruktur/tersusun. Biasanya otak kiri ini sangat bermanfaat digunakan untuk memahami hal-hal yang kompleks dan perlu pemikiran yang mengkhusus. Individu yang biasanya lebih menggunakan otak kiri adalah seorang penganalisis, pengkaji, Ahli matematik atau saintis.

Sementara Otak kanan pula adalah tempat untuk perkembangan hal-hal yang bersifat artistik, kreativiti, perasaan, emosi, gaya bahasa, irama musik, imaginasi, fantasi, warna, pengenalan diri dan orang lain, hubungan sosial dan pengembangan keperibadian. Jika individu yang banyak yang mengatakan otak kiri dilabel sebagai pengendali IQ (Intelligence Quotient), otak kanan pula memegang peranan penting bagi perkembangan EQ (Emotional Ouotient). Fungsi dari otak kanan ini adalah untuk mengurus pola berpikir kreatif manusia, contohnya adalah kemampuan komunikasi (lingusitik). Cara kerja otak kanan ini biasanya tidak terstruktur, dan cenderung tidak memikirkan hal-hal yang terlalu khusus iaitu bertentangan dengan otak kiri. Contoh orang yang mengunakan otak kanan dibandingkan otak kirinya adalah seorang seniman, pelukis dan sebagainya.

Saya percaya anda tentu perasan bagaimana sesetengah individu akan mempunyai kelebihan pada nombor, lebih rasional atau logik hingga kelihatan sangat “terikat” dengan peraturan dan protokol yang menyebabkan ia boleh kelihatan seperti “robot”.
Sebaliknya , terdapat pula sesetengah individu yang sangat kreatif, berjiwa seni, sangat natural dan kerap kelihatan berada di dalam suasana yang semulajadi. Mereka seperti seorang artis, pelukis, pelakon, ahli muzik, pereka dan sebagainya.
Ini juga menjelaskan kita bagaimana individu terkenal seperti penyanyi M Nasir mempunyai kemampuan dalam kumpulan hemisfera otak yang sama (sebelah kanan) iaitu selain menyanyi, beliau juga berkemampuan dalam bidang gubahan dan penciptaan lagu, mengarah filem, pelukis, berkemampuan dalam bersajak. Begitu juga seperti SN Samad Said selain menulis novel, beliau juga adalah seorang pelukis.
Kenapa boleh jadi bergitu…….? Ini kerana “pemberat” dalam penggunaan belahan otak pada diri masing-masing.

Kerana itu, apabila anda telah mengetahui yang otak mempunyai dua belahan yang berfungsi mengikutkerja masing-masing, dan setiap hemisfera mempunyai kekuatan dan kekurangannya (saling melengkapi), anda sudah boleh menerangkan alasan yang munasabah dan saintifik terhadap perbezaaan yang terjadi di antara sesetengah individu.



huh!paham?so,moga2 korang dapat sedikit info.

rasanya aku orang yang lebih kepada otak kanan.hehe.
korang camne?otak logistik ke artistik amcam saya?kah9.
hurm,aku nak upload banyak2 gamba kat blog.tapi takut blog ni berat plak.hehe.
len kali je ye.



p/s:chill up your day.erm,post ni ditulis pada.hari Jumaat.10:08 a.m.tarikh kat blog ni mmg sengal r..

6 ulasan:

  1. kw ta la pelik ! tp ade la ckit kott ! HAHA :) tgn kw mmmg taleh stop kn . taleh nmpk bende suci lgsung ! kaki ponn same gk , hailaa ~

    BalasPadam
  2. aku pe ? aku salu suke ekot fakta . ske sej . haha xP

    BalasPadam
  3. dri pndgn kaw..pndgn kw ye..ak lbih dri otk mne? HAHA ! jwb tw !

    BalasPadam
  4. haha.
    afiqah:itu mmg benar.kah3.
    salsabila:ntah.mungkin lebih kepada,otak kanan kut..
    nisak:otak kiri.PADA PANDANGAN AKU la..

    BalasPadam