Selasa, Mac 15, 2011

[tatih-tatih]

assalamualaikum.what's up?
so,aku baru baca blog kak chamin.
dia merupakan one of my senior yang mmg gila2.
best r kalau duduk dengan die.
dapat dengar banyak cerita.
sebab dia ni banyak penglaman la dengan dunia luar sebab ramai kawan dia sekolah luar.
tapi,aku tabik r die ni.
ok,
she said,"aku pon nak tau kisah macam mana korang pakai tudung juga"
lebih kurang la ayt dier cam uh.

ok,mai mai.dengaq cerita hamba!

jujur la disini saya ingin katakan.

aku bukan nye yang dari tadika pakai tudung.
yaa!untuk yang tadika islam.maybe dah pakai tudung dari zaman hingusan lagi.
it's good ok.jangan salah faham.

tabika kemas pulapol,1999-2000

dah nama pon tabika kemas.mana la orang buat kes pakai tudung g tabika uh.
semua stok budak2 datang tabika pakai.baju kurung biru dan kain blue-black.
wahaa!aku tergolong kot dalam dak2 uh.
masa ni mmg tatau sepatah haram pun kenapa kena pakai tudung.
yang aku tau,hanya orang2 besar sahaja pakai tudung.
tu pun sebaaab,dah jadi mak orang?dah kawin?
p/s:sangat,tak matang ok...


sekolah kebangsaan polis depot,2001-2007.

pada pagi 1 januari 2001.
"ayah,akak dah darjah satu!"
haha.hepy giler kot time uh.sebab dah melangkah ke alam yang lebih besar skeeeet.
ok,aku tak pakai lagi yang tutup kepala uh.
ada gak la member yang dah pakai time uh.tapi.kelas aku almost tak pakai laa.
bese r uh,budak-budak.
lagi pun.masa sekolah rendah ni.aku banyak member lelaki.
tak tipu kot.sebab uh aku lagi prefer tak pakai tudung..er,er.sebab nak sama ngan dorg?
huh!tak matang tak matang..--'
tu kes masa tahap satu.
then,bila dah melangkah ke tahap dua.
aku pakai tudung pun sebab ikut member.tak istiqamah~
bila dier pakai.aku pakai.bila time dier x pakai.aku buka balik.
oh,boleh ye macam uh?x boleeh~
then,akhir tahun masa darjah empat uh.aku dah mula set nak pakai tudung.pergi sekolah jelaa.
nak g jalan2 belum lagi.
seterusnya,aku bertatih-tatih sket.
dah mula dah bila keluar jejalan.pakai tudung.ibu pun dah mula beli tudung bawal tok kitaorang.
yess,ibu bukan jenis yang terlalu berpesan bab2 ni.sebab die nak kitaorang fikir dan cari sendiri kenapa.dahsyat en cara tarbiah ibu aku?
daan,yeees!
belajar la kot kena tutup aurat masa waktu pendidikan islam kat sekolah.
kat sekolah agama.maybe,praktikal uh kureeng~
maka,dengan cousin aku buat cam bese dulu.
kira tak sempurna lagi la time uh.


sekolah menengah kebangsaan agama kuala lumpur,2008-kini.

huhu,terkezut gak aku masa mak aku soh masuk sekolah ni.
tapi,kat sini bermulalah aku dididik supaya melabuhkan tudung yang dipakai.
bukan style dulu.pakai baju pendek,tapi pakai tudung.
pelik2.
tapi,disini aku mula kenal kenapa kena pakai tudung
macam yang Allah berfirman dalam surah annur.ayat 31.

“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasan (aurat) kecuali yang (biasa) terlihat"

yaaa!Allah bagi peringatan sebegitu kepada kita wahai wanita,supaya dapat mengelakkan kita dari perkara2 buruk.macam...
fitnah,jatuh maruah dan dosa?yeaah!itu mmg!
tape2,sekarang ni.alhamdullilah,pakai tudung ini sudah sebati dengan aku.
heloo!ingat pakai tudung ni tak up to date ke?
kita boleh berfesyen juga tau dengan tudung ni.
dan untuk pengetahuan anda...
pakai tudung tak wajib.
TAPI TAPI TAPI TAPI TAPI TAPI TAPI
TUTUP AURAT ITU YANG WAJIB!
kalau kita tutup aurat seperti aurat rambut dengna tuala pun dah dikire tutup aurat.
pakai tudung adalah salah satu cara untuk menutup aurat.
contoh lain,pakai selendang,shawl,pashmina.
dan dipersepsikan oleh masyarakat sekarang pakai tudung itulah yang wajib,
salah~
tutup aurat yang wajib.bukan pakai tudung.
tutup aurat perintah Allah.
pakai tudung.cara nak tutup aurat.
pahaaam?

ok sampai disini sahaja cerita saya.wajib oh tutup aurat.
tidak mengapa untuk bermula perlahan-lahan selagi mau ada usaha dan berazam.
dan,untuk yang sekarang ni.
kenapa kita mesti memandang lekeh kepada perintah yang Allah suruh sedangkan disitu tersirat beribu hikmah?
kenpa kita mesti memandang tinggi kepada ideologi orang barat sedangkan disitu terdapat kesalahan yang nyata?

assalamualaikum.


p/s:maaf.jika post ini tidak disenangi.jap!dan fikir2kanlah!

2 ulasan:

  1. WOAH ! Ada orang tu promote blog akak kat sini lahhh ! :D Hehe. Bagus bagus ! :) Akak biasa-biasa je dik oi ! :)

    BalasPadam